Tuesday, January 8, 2008

Permohonan Kemasukan Ke IPTA Sesi Akademik 2008/2009 Program Pengajian Lepasan STPM/Setaraf (Kategori Diploma/Setaraf)

* Panduan untuk pengguna Internet Explorer 7 (IE7) [klik di sini]

LAMAN UTAMA
APLIKASI DALAM TALIAN PERMOHONAN KEMASUKAN KE IPTA
PROGRAM PENGAJIAN LEPASAN STPM/SETARAF SESI AKADEMIK 2008/2009


Permohonan kemasukan ke IPTA bagi Program Pengajian Lepasan STPM/Setaraf adalah melalui Aplikasi Dalam Talian dibahagikan kepada empat (4) kategori seperti berikut :-

  1. Lepasan STPM 2007 (Mulai 04 Februari 2008)
    Pemohon yang mengemukakan kelayakan
    STPM Tahun 2007 sebagai kelayakan masuk.

  2. Lepasan Matrikulasi KPM/ PASUM/ Asasi UiTM (Permohonan ditutup mulai 11 Januari 2008)
    Pemohon yang mengemukakan kelayakan Matrikulasi KPM/ PASUM/ Asasi UiTM Sesi Akademik 2007/2008 sebagai kelayakan masuk.

  3. Lepasan Diploma/Setaraf (Mulai 07 Januari 2008)
    • Pemohon yang menggunakan kelayakan Diploma IPTA/ IPTS/ Politeknik; ATAU

    • Pemohon yang menggunakan kelayakan STPM/STP/HSC yang diambil pada tahun 2006 atau sebelumnya ; ATAU

    • Pemohon yang menggunakan kelayakan Matrikulasi yang diambil pada Sesi Akademik 2006/2007 atau sebelumnya ; ATAU

    • Pemohon yang menggunakan kelayakan STAM yang diambil pada tahun 2004 atau sebelumnya; ATAU

    • Pemohon yang menggunakan kelayakan Sijil Tampalan STPM; ATAU

    • Kelayakan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat IPTA sebagai kelayakan masuk ke IPTA.

  4. Lepasan STAM 2007, 2006, 2005 (Mulai 04 Februari 2008)
    Pemohon yang mengemukakan kelayakan STAM Tahun 2007/ 2006/ 2005 sebagai kelayakan masuk.

Nota :


Jika anda menghadapi masalah membuka laman panduan atau memuat turun syarat, sila pastikan pilihan 'pop-up blocker' pada browser anda tidak diaktifkan. Sebahagian maklumat di halaman web ini adalah dalam bentuk PDF. Untuk melihat kandungan tersebut anda memerlukan Adobe® Acrobat® Reader versi 5.0 dan ke atas.

Sila klik untuk muat turun.

Jika anda menggunakan Mozilla Firefox dan menghadapi masalah dalam memuat turun borang, sila klik disini dan ikuti arahan selanjutnya.

Jika anda menggunakan Internet Explorer 7 dan menghadapi masalah "Certificate Error : Navigation Blocked" dalam mencapai laman web ini, sila klik disini bagi membantu anda menyelesakan masalah ini.


No comments: